Saturday, 26 May 2012

Menjaga Kesihatan Cara Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum semua..:)
Pejam celik,pejam celik,sedar xsedar kita dah pun nak masuk minggu study week kan??(untuk student U espclly USM)..lau tengok kat FB,ada ramai je kawan2 post tentang nak exam ni,ada yang cakap:

around the exam corners, many problems arise, including stress+not feeling well n many more...the importnce thing that, keep healthy first, then can study well!!creadit to:  Nujma Shafee

Musim preksa ni, m0lek minum air zam2
PM sy unt 0rder ♥
500ml RM10..creadit to: Nurul Syafiqah(sempat ag promote,hehehe)

 Assalamualaikum wbt. Program sempena peperiksaan yang bakal menjelang akan diadakan seperti tertera digambar. Ayuh kita memtivasikan diri untuk belajar kerana Allah secara tidak langsung pelajaran akan diberkati-Nya. kali ini insyaAllah dijemput student phd untuk berkongsi pengalaman beliau. yuk ajak kawan2 hadir untuk dapat kebaikan bersama-sama:) selamat bejya dunnya walakhirah sahabatku/teman-teman/ akhwats sekalian. ana uhibbukum fillah ♥(ha,yg ni siap wt program,gud2!!)creadit to: Fatihah Zulkifli
....dan banyak lagi la post2 tentang nk exam ni....

I.allah di kesempatan ini,ana pun tringin jugak lah nak post someting about exam,hee.. nak kongsi pasal bagaimana nak jaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W(ape kaitan ngan exam??)...ada la kaitannya...yela,study2 jugak,kesihatan pun kena jaga ye!..
So,jom kita baca ape Rasulullah pesan ni ye,moga bermanfaat!^_^

Menjaga kesihatan sememangnya dituntut. ini kerana kesihatan yang baik akan melancarkan amal ibadat kita. Sebaliknya jika kesihatan terganggu, ia juga akan mengganggu amalan yang hendak ditunaikan.
Dalam hal menjaga kesihatan, Rasulullah S.A.W sentiasa berpesan agar tidak makan secara berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit. Mencegah penyakit itu adalah lebih baik daripada mengubati kerana apabila ditimpa penyakit, banyak masa dihabiskan untuk mengubatinya.
Berikut disertakan pesanan Rasulullah S.A.W mengenai betapa pentingnya menjaga kesihatan.
1.      Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit itu jika tiada penawarnya kecuali ajal maut. 
2.      Punca daripada segala penyakit ialah sejuk. Setiap makanan yang hendak dimakan sebaik-baiknya biarlah masak, dipanaskan dan sedia untuk dimakan.
3.      Makanlah makanan jika rasa diperlukan iaitu ketika lapar. Jangan makan ketika perut masih kekenyangan dan berhentilah sebelum kenyang.
4.      Perut merupakan tempat bagi penyakit dan puasa itu sebagai penawar. Oleh itu jadikanlah amalan berpuasa sebagai satu kebiasaan.
5.      Makanan yang paling berkat ialah makanan yang dimakan secara beramai-ramai. Elakkan daripada makan berseorangan.
6.      Makan berseorangan tidak ubah seperti makan dengan syaitan. Makan dengan seorang yang lain adalah seperti makan dengan raja yang zalim. Makan dengan dua orang yang lain pula seperti makan dengan para nabi. Pesanan ini membawa maksud bahawa makan secara beramai-ramai boleh menjalin hubungan silaturahim seperti bersama keluarga, sahabat dan saudara mara.
7.      Apabila makan dalam pinggan, ambillah makanan yang berada di tepi pinggan dahulu, kemudian tengah dan hujung. Jangan mengambil makanan di bahagian tengah kerana ini melambangkan kegelojohan. Kebiasaannya lauk diletakkan di tengah-tengah pinggan.
8.      Cuci mulut dengan berkumur-kumur selepas makan atau memberus kerana amalan ini ialah untuk menjaga kebersihan gigi.
9.      Apabila makan bersama, selesai makan juga perlu bersama kerana ini menunjukkan dalam satu jemaah.
10.  Makanan yang dimakan merupakan rahmat kepada yang memakannya, oleh itu jangan sekali-kali membazirkan makanan. Pastikan makanan dalam pinngan habis.
11.  Elakkan minum sambil berdiri kecuali bagi mereka yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha.

Jika kita ingin hidup sihat, ikutlah tunjuk ajar syariat mengenai tatacara mengambil makanan yang betul. Bukan mengikut hawa nafsu dan tekak sendiri semata-mata.
Begitu juga sebagai seorang muslim, Allah memerintahkan kita menjaga kesihatan dan jangan mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera, makanan ringan dan air berkarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan. Tubuh badan kita adalah amanah Allah. Ia perlu dijaga sebaik-baikknya. Ikutilah tabiat pemakanan yang betul, misalnya seperti mengikut piramid makanan. Di samping itu, beriadahlah agar kita dikurniakan akal yang cerdas dan tubuh badan yang cergas.

Alhamdulillah, di atas 2 semua adalah pesanan yang dititipkan oleh Kekasih Allah buat kita semua ni yang sentiasa lalai. lau xnak ikut Cara Rasulullah,nk ikut cara sape lagi?? so,sma2 la kita berusaha untuk mengikutinya ye..;)

p/s:sumber rujukan:100 Pesanan Terakhir Rasulullah

1 comment: