Assalamualaikum
semua..:)
Pejam
celik,pejam celik,sedar xsedar kita dah pun nak masuk minggu study week
kan??(untuk student U espclly USM)..lau tengok kat FB,ada ramai je kawan2 post
tentang nak exam ni,ada yang cakap:
around the exam corners, many problems arise,
including stress+not feeling well n many more...the importnce thing that, keep
healthy first, then can study well!!creadit to: Nujma Shafee
Musim preksa ni, m0lek minum air zam2
PM sy unt 0rder ♥
500ml RM10..creadit to: Nurul Syafiqah(sempat ag promote,hehehe)
PM sy unt 0rder ♥
500ml RM10..creadit to: Nurul Syafiqah(sempat ag promote,hehehe)
Assalamualaikum wbt. Program sempena
peperiksaan yang bakal menjelang akan diadakan seperti tertera digambar. Ayuh
kita memtivasikan diri untuk belajar kerana Allah secara tidak langsung
pelajaran akan diberkati-Nya. kali ini insyaAllah dijemput student phd untuk
berkongsi pengalaman beliau. yuk ajak kawan2 hadir untuk dapat kebaikan
bersama-sama:) selamat bejya dunnya walakhirah sahabatku/teman-teman/ akhwats
sekalian. ana uhibbukum fillah ♥(ha,yg ni siap wt program,gud2!!)creadit to:
Fatihah Zulkifli
....dan banyak lagi la post2 tentang nk exam ni....
I.allah di kesempatan
ini,ana pun tringin jugak lah nak post someting about exam,hee.. nak kongsi
pasal bagaimana nak jaga kesihatan cara Rasulullah S.A.W(ape kaitan ngan exam??)...ada
la kaitannya...yela,study2 jugak,kesihatan pun kena jaga ye!..
So,jom kita baca ape
Rasulullah pesan ni ye,moga bermanfaat!^_^
Menjaga kesihatan
sememangnya dituntut. ini kerana kesihatan yang baik akan melancarkan amal
ibadat kita. Sebaliknya jika kesihatan terganggu, ia juga akan mengganggu
amalan yang hendak ditunaikan.
Dalam hal menjaga
kesihatan, Rasulullah S.A.W sentiasa berpesan agar tidak makan secara
berlebihan kerana boleh mendatangkan penyakit. Mencegah penyakit itu adalah lebih
baik daripada mengubati kerana apabila ditimpa penyakit, banyak masa dihabiskan
untuk mengubatinya.
Berikut disertakan
pesanan Rasulullah S.A.W mengenai betapa pentingnya menjaga kesihatan.
1.
Allah tidak menjadikan
sesuatu penyakit itu jika tiada penawarnya kecuali ajal maut.
2.
Punca daripada segala
penyakit ialah sejuk. Setiap makanan yang hendak dimakan sebaik-baiknya biarlah
masak, dipanaskan dan sedia untuk dimakan.
3.
Makanlah makanan jika
rasa diperlukan iaitu ketika lapar. Jangan makan ketika perut masih kekenyangan
dan berhentilah sebelum kenyang.
4.
Perut merupakan tempat
bagi penyakit dan puasa itu sebagai penawar. Oleh itu jadikanlah amalan berpuasa
sebagai satu kebiasaan.
5.
Makanan yang paling
berkat ialah makanan yang dimakan secara beramai-ramai. Elakkan daripada makan
berseorangan.
6.
Makan berseorangan tidak
ubah seperti makan dengan syaitan. Makan dengan seorang yang lain adalah
seperti makan dengan raja yang zalim. Makan dengan dua orang yang lain pula
seperti makan dengan para nabi. Pesanan ini membawa maksud bahawa makan secara
beramai-ramai boleh menjalin hubungan silaturahim seperti bersama keluarga,
sahabat dan saudara mara.
7.
Apabila makan dalam
pinggan, ambillah makanan yang berada di tepi pinggan dahulu, kemudian tengah
dan hujung. Jangan mengambil makanan di bahagian tengah kerana ini melambangkan
kegelojohan. Kebiasaannya lauk diletakkan di tengah-tengah pinggan.
8.
Cuci mulut dengan
berkumur-kumur selepas makan atau memberus kerana amalan ini ialah untuk menjaga
kebersihan gigi.
9.
Apabila makan bersama,
selesai makan juga perlu bersama kerana ini menunjukkan dalam satu jemaah.
10. Makanan yang dimakan merupakan rahmat kepada yang
memakannya, oleh itu jangan sekali-kali membazirkan makanan. Pastikan makanan
dalam pinngan habis.
11. Elakkan minum sambil berdiri kecuali bagi mereka
yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha.
Jika kita ingin hidup sihat, ikutlah tunjuk ajar syariat mengenai tatacara mengambil makanan yang betul. Bukan mengikut hawa nafsu dan tekak sendiri semata-mata.
Begitu juga sebagai
seorang muslim, Allah memerintahkan kita menjaga kesihatan dan jangan
mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera, makanan ringan
dan air berkarbonat yang boleh menjejaskan kesihatan. Tubuh badan kita
adalah amanah Allah. Ia perlu dijaga sebaik-baikknya. Ikutilah tabiat pemakanan
yang betul, misalnya seperti mengikut piramid makanan. Di samping itu,
beriadahlah agar kita dikurniakan akal yang cerdas dan tubuh badan yang cergas.
Alhamdulillah, di atas 2 semua adalah pesanan yang dititipkan oleh Kekasih Allah buat kita semua ni yang sentiasa lalai. lau xnak ikut Cara Rasulullah,nk ikut cara sape lagi?? so,sma2 la kita berusaha untuk mengikutinya ye..;)
p/s:sumber rujukan:100 Pesanan Terakhir Rasulullah